Portal Keahlian Kariah Taman Ixora
Sila pilih tindakan di bawah untuk urusan rekod keahlian anda. Bagi pendaftaran baharu, pastikan anda menyemak syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu.
Makluman Kepada Penduduk Taman Ixora
Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan dan menyediakan dokumen wajib di bawah sebelum meneruskan urusan Pendaftaran Baharu, Semakan, atau Kemas Kini Keahlian. Pendaftaran ini dikawal selia mengikut Garis Panduan Pendaftaran Ahli Kariah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Setiap ahli kariah berdaftar boleh membuat semakan dan mengemas kini maklumat sekiranya terdapat penambahan maklumat keluarga, perubahan data, atau apabila berpindah keluar kariah.
Tanggungjawab Waris/Keluarga: Sekiranya ahli kariah didapati telah meninggal dunia atau hilang kewarasan (gila), pihak waris terdekat diminta untuk mengemas kini makluman tersebut bagi tujuan pengemaskinian Daftar Kariah surau.
Syarat Kelayakan
Anda layak mendaftar sekiranya memenuhi kriteria rasmi berikut:
-
Warganegara: Warganegara Malaysia sahaja.
-
Had Umur: Berumur 18 tahun dan ke atas.
-
Pegangan: Berpegang dan beramal dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah.
-
Tempoh Menetap: Bermastautin sekurang-kurangnya empat (4) bulan di kariah Taman Ixora.
Kelebihan Mendaftar
Manfaat dan hak perundangan anda sebagai Ahli Kariah Berdaftar sah Negeri Selangor:
-
Hak Mengundi: Layak hadir dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Khas pemilihan jawatankuasa surau.
-
Hak Pencalonan: Layak dicalonkan atau mencalonkan penduduk lain untuk memegang jawatan pengurusan surau.
-
Pengurusan Kariah: Diiktiraf secara rasmi dalam sistem fail kariah untuk urusan kebajikan setempat.
Dokumen & Privasi
Keperluan fail dan jaminan perlindungan maklumat peribadi anda:
Nota: Keahlian terbatal jika didapati berpindah keluar kariah, meninggal dunia, atau hilang kewarasan.
STATISTIK SEMASA REKOD KARIAH
Jumlah Berdaftar
257
Ahli Kariah
Status: Aktif
83
Data Lengkap
Perlu Kemas Kini
157
Data Kurang Lengkap
Menunggu Pengesahan
0
Proses Semakan Surau
Berpindah Keluar
10
Telah Bertukar Kariah
Hilang Kewarasan
0
Makluman Waris
Tidak Lepas Syarat
1
Ditolak / Fail Kariah
Meninggal Dunia
6
Makluman Waris